|
esok kalendar islam akan memasuki bulan baru,bulan syaaban namanya.. sebenarnya selepas waktu maghrib kita akan memasuki hari baru..so tadi lg la ni kita suda berada dalam bulan syaaban.. bulan syaaban yang penuh istimewa.. so entri kali ni pasal bulan syaaban jak la.. syaaban bererti bercerai atau berpecah.. ada pendapat mengatakan,sebab diertikan demikian ialah sebagai tanda pemisah antara bulan rejab dan bulan ramadhan.jadi pengertiannya di sini,bulan syaaban adalah masa yang sesuai untuk berebut rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan ramadhan yang penuh keberkatan. banyak amalan amalan sunat yang boleh kita kerjakan dalam bulan syaaban ni.antaranya kita digalakkan banyak berpuasa sunat kerana Rasulullah SAW sendiri pernah mengerjakan puasa sunat penuh sebulan d bulan syaaban,dan menyambung sebulan lagi di bulan ramadhan. dalam kitab Durattun Nasihin,ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "barangsiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan syaaban,dan 3 hari pada pertengahan syaaban, dan 3 hari pada akhir syaaban, maka Allah SWT mencatatkan pahala untuknya seperti pahala 70 nabi,dan seperti orang orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu,maka dia seperti orang yang mati syahid ".. selain itu,kita juga dituntut supaya memperbanyakkan doa,zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW,bertaubat ( taubat nasuha sebaik baiknya ) , serta meraikan malam nisfu syaaban ( 15 syaaban ) dengan membaca zikir dan alquran kerana malam tersebut adalah malam yang penuh mustajab dan penuh rahmat.. *malam nisfu syaaban : antara ibadat yang boleh dilakukan pada malam itu ialah seperti 1.Sembahyang lima waktu, sunat dan tahjud. 4.Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur. *peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan syaaban : Peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmaqdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar. Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. mari kita beramal banyak2.. |
| Leave a Comment: |